Maksud Financial Freedom
Selalu kita terbaca berkait dengan Financial Freedom ni di sosial media atau diungkap oleh para influencer terutamanya infuencer dari niche finance (kewangan). Tetapi adakah korang sebenarnya faham apa yang dimaksudkan dengan Financial Freedom ini ?
Artikel kali ini , kita akan membahaskan sedikit sebanyak perihal berkait dengan Financial Freedom ya. Teruskan membaca untuk mendalami topik ini.
Secara dasarnya, Financial Freedom atau dalam Bahasa Melayu disebut ‘Kebebasan Kewangan’ bermaksud bila mana seseorang itu ‘mempunyai pendapatan pasif/bukan kerja hakiki yang cukup untuk menampung kos hidup sehariannya tanpa perlu bergantung kepada gaji kerja hakikinya’.
Contoh 1
Kita bagi contoh la ya. Sorang mamat ni nama dia Latif. Latif bekerja sebagai sorang guru. Pendapatan bulanan Latif ialah sebanyak RM 3,000 setiap bulan. kos perbelanjaan Latif setiap bulan pun RM 3,000.
Latif ni dia suka pada pelaburan hartanah. Dia punya hebat dalam pelaburan hartanah tu sampai tahap dia mampu mempunyai sebanyak 7 biji rumah. Setiap rumah pula mampu menjana ‘cash flow’ sebanyak RM 450. Makanya, pendapatan keseluruhan bukan kerja hakiki Latif adalah sebanyak RM 3,150.
Formula Financial Freedom adalah seperti berikut :
Financial Freedom = Pendapatan bukan kerja hakiki > Kos belanja bulanan
Untuk kes Latif :
Financial Freedom = PBKH (RM 3,150) > KBB (RM 3,000)
Secara teorinya Latif sudah mencapai Financial Freedom kerana jumlah pendapatan bukan kerja hakikinya sudah melebihi kos belanja bulanannya. Jika Latif memutuskan untuk berhenti kerja atau beliau dibuang kerja sekali pun, Latif tidak perlu risau kerana dia masih ada pendapatan yang mampu menampung kehidupannya setiap bulan.
Contoh 2
Kita teruskan dengan contoh nombor 2 pula. Kali ni kita ada jejaka bernama Salman. Salman merupakan seorang jurutera yang sangat senior. Pendapatan bulanan salman mencecah RM 8,000 sebulan. Setiap bulan pula Salman berbelanja sebanyak RM 6,000 sebulan.
Salman seorang yang mempunyai minat yang mendalam berkait pelaburan saham. Setiap bulan Salman akan melabur sebahagian daripada jumlah gajinya ke dalam pelaburan saham. Sehinggakan sampai suatu tahap di mana , nilai pelaburan Salman dalam pelaburan saham mencecah RM 1,440,000.
Dividen tahunan saham Salman pula ialah lebih kurang 5% setiap tahun. Oleh itu, Salman mampu peroleh RM 72,000 setiap tahun daripada dividen sahamnya bersamaan dengan RM 6,000 setiap bulan.
Berbalik kepada formula Financial Freedom kita tadi.
Financial Freedom = Pendapatan Bukan Kerja Hakiki > Kos Belanja Bulanan
Untuk kes Salman :
Financial Freedom = PBKH (RM 6,000) > KBB (RM 6,000)
Secara teorinya, Salman pun sudah mencapai Financial Freedom. Apa yang kita boleh pelajari hasil daripada 2 kes ini ialah ada pelbagai jalan/cara untuk mencapai Financial Freedom. Korang boleh terokai kenderaan (vehicle) pelaburan yang korang berminat dan fokus ke arah membina aset pelaburan tersebut. Korang juga boleh menggabung pelbagai jenis kelas aset untuk membina portfolio pelaburan korang. Melabur dalam pelbagai kelas aset merupakan suatu strategi yang bagus untuk menangani riskiko dalam pelaburan (asset diversification).
Cara Capai Financial Feedom
Persoalan seterusnya pula. Bagaimana caranya untuk mencapai Financial Freedom ni ? Berikut merupakan 3 tip untuk korang berjaya mencapai Financial Freedom.
1- Pengurusan Kewangan yang Baik
Perbelanjaan bulanan hendaklah diurus dengan berkhemah. Rangka bajet bulanan dan pastikan perbelanjaan bulanan dipantau secara berkala. Kita tidak mahu ada ketirisan dalam perbelanjaan bulanan kita.
2- Elakkan hutang ‘jahat’
Ada pelbagai jenis hutang dalam dunia ini. Sejahat-jahat hutang ialah hutang yang mempunyai kadar faedah (interest) yang sangat tinggi.
Kadar faedah inilah yang akan memakan ‘cash flow’ bulanan kita jika tidak dihapuskan awal-awal.
Jika korang mempunyai banyak hutang atau komitmen pastikan hutang dengan kadar faedah tertinggi dibayar terlebih dahulu. (Debt payment avalanche methode)
Contoh hutang paling kita terbiasa dengan kadar faedah yang tinggi ialah hutang kad kredit. Terkadang kadar faedah boleh mencecah 15-20% ya ! Baik bayar cepat-cepat.
3- Cipta aliran pendapatan dari pelbagai sumber
Zaman sekarang ni, sudah banyak cara untuk kita menjana pendapatan tambahan. Berikut merupakan senarai idea bagi menjana pendapatan tambahan.
i- Melabur di dalam pasaran saham
Ada pelbagai teknik dan strategi bagi pelaburan dalam pasaran saham. Jika korang ada keinginan untuk melabur di dalam saham, pastikan korang mempunyai ilmu yang secukupnya agar modal yang korang labur tidak lebur begitu sahaja.
ii- Melabur di dalam aset hartanah
Untuk pelaburan kategori ini kebiasaannya memerlukan modal yang agak besar bagi memulakan pelaburan. Selain itu, ilmu tentang selok-belok berkait hartanah perlulah ada secukupnya bagi melangkah masuk dalam pelaburan ini. Jika tidak, hanya kerugian yang menanti di kemudian hari.
iii- Bekerja part time
sebagai food panda deliver
Grab driver
Bekerja 'part time' dalam industri gig ini memang boleh menjana pendapatan. Tapinya, korang perlu mengorbankan masa dan keringatlah untuk ditukar kepada pendapatan tambahan. Untuk yang berminat menambah pendapatan melalui saluran ini, pastikan anda mempunyai coverage insuran yang cukup.
iv - Menyertai program 'affiliate'
Antara program 'affiliate' yang popular di Malaysia ialah Tiktok Affiliate dan Shopee Affiliate. Untuk kedua-dua program ini, jika korang mempunyai skill mencipta video kreatif, memang padanlah korang join program affiliate diorang. Ada yang mampu capai pendapatan sama dengan orang yang bekerja sepenuh masa. Tapi usaha yang mereka letak pun bukan kaleng-kaleng lah yer.
v - Menjual produk digital
Sejak meletusnya 'Artificial Intelligence' ini, semakin mudah untuk kita mencipta produk digital kita yang tersendiri. Dengan menggunakan aplikasi seperti canva dan Chatgpt kita sudah boleh merangka produk digital untuk dijual. Pastikan korang ada market yang betul dulu sebelum memutuskan untuk jual produk digital ni.
Kesimpulan
Financial Freedom ni boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk mencapainya. Namun begitu, disiplin dan ilmu perlu ada dalam proses untuk mencapai Financial Freedom ni. Korang bole anggar atau kira terus berapa angka Financial Freedom korang berdasarkan contoh dan formula di atas.
Akhir kata, selamat maju jaya dalam perjalanan menuju Financial Freedom korang ya. Perjalanan ini amatlah panjang akan tetapi aku yakin ianya tetap berbaloi untuk ditempuhi. Salam maju jaya pejuang Financial Freedom sekalian.