Tentang Penulis
Selamat datang ke blog Maulana Dividen. Nama aku Adam. Pada masa blog ini ditulis aku masih berkhidmat dalam sektor kesihatan dan bekerja makan gaji ya. Terima kasih sebab sudi datang jenguk blog ini.
Kenapa Blog Ini Ditulis
Blog ini ditulis sebagai dokumentasi perjalanan pelaburan peribadi aku. Ianya adalah komitmen aku terhadap diri sendiri untuk kekal konsisten dalam perjalanan pelaburan yang panjang dan berterusan ini.
Matlamat Pelaburan
Pelaburan utama aku ialah di dalam aset jenis saham. Matlamat aku adalah untuk mencapai jumlah keseluruhan nilai saham sebanyak RM 1,000,000.
Kenapa RM 1,000,000 ? Bagi aku jumlah ini merupakan satu jumlah yang mencabar dan mampu mengubah kehidupan siapa sahaja yang berjaya mencapainya.
Dengan saham bernilai RM 1,000,000 ini, aku menganggarkan kira-kira dividen tahunan sebanyak 5%/tahun. Hasil 5% itu bole menjana keseluruhan pendapatan bernilai RM50,000/tahun. Ini bersamaan dengan lebih kurang RM4,100/bulan. Dengan jumlah ini aku sudah boleh dikira mencapai 'Financial Freedom'.
Metod Pelaburan
Pelaburan aku lebih tertumpu kepada pasaran saham Bursa Malaysia. Aku lebih cenderung ke arah pelaburan 'Dividend Investing'.
Bermaksud aku akan melabur dalam syarikat yang solid yang mampu menjana dividen tahunan yang memberangsangkan.
Selain itu, aku juga ada bahagian pelaburan dalam saham Amerika Syarikat atas asbab tumbesaran (growth) yang lebih laju di negara tersebut.
Aku berusaha sebaik mungkin untuk melabur secara halal/patuh shariah. Ini adalah berdasarkan prinsip peribadi.
Permulaan Pelaburan
Okay. Bagaimana semua ini bermula ? Sudah sekian lama aku menelaah dan mendalami bahan bacaan berkait dengan pelaburan/metod menjana lebih pendapatan.
Bagi aku, cara terbaik untuk belajar ialah pada tindakan. Dengan pemahaman dan teori yang aku dapati hasil pembacaan itu aku cuba terjemahkan kepada pelaburan di dunia nyata.
Ya aku akui pasti akan ada kekurangan dalam perjalanan ini. Aku ambil ia sebagai pelajaran untuk aku menambah baik cara fikir dalam mengurus pelaburan di masa akan datang.
Pengakhiran
Aku berharap korang sebagai pembaca dapat sedikit sebanyak manfaat daripada penulisan ini. Aku masih bertatih dalam dunia pelaburan ini. Segala komentar penambahbaikan sangatlah dialu-alukan. Jika ada sebarang pertanyaa jangan segan silu untuk ajukan di ruang komen. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk membalas segala komentar korang ya !
Jika korang berminat untuk dapat ‘update’ setiap post baru di Maulana Dividen. Korang bole tekan butang subscribe ni. Sehingga hari ini semua post dalam blog ini adalah percuma ya. Jika korang subscribe, tiap kali ada post baru. Sistem akan secara automatik hantar ke e-mail korang tentang post baru yang ditulis.
Terima kasih ! Silakan menelaah blog ni. Sekian.
